Cerita Perth ni sebenarnya dah dekat 2 minggu dah berlalu.. asyik tertangguh jer nak hapdet dlm ni.. kami 4 beranak iaitu mak, abah, aku dan Che Jan pi bercuti ke Perth, Australia pada 17 Mac - 24 Mac yang lalu.. tapi rasa macam tak berapa lengkap sebab percutian kali ni tak semua adik beradik aku dapat join.. percutian ni dah lama dirancang sejak dari last year lagi.. akhirnya sampai jugak aku kat negara omputih Ostolia tu... hehehe
17 Mac 2012 - 24 Mac 2012
kami bertolak dari rumah ke airport menaiki limo... mula nya nak naik ERL jer, tapi memandangkan beg - beg yang agak berat untuk dibawa ole mak dan abah, so kami pun memilih untuk naik limo, kebetulan kawan Che Jan ada buat servis limo ke airport dgn diskaun yang menarik, apa tunggu lagi kan!!!
aku dah buat web check-in awal2 sebelum pegi ke airport, so tak lah terlalu mengejar masa, cuma untuk drop bag jerrr...
muka masing2 time ni happy sangat sbb hari yang ditunggu2 selama berbulan - bulan ni akhirnya tiba jugak... macam tak percaya pun ada...hehehehe..
flight malam tu dari LCCT kul 11.50 pm dan arrived di perth airport lebih kurang jam 5.30 am.. kami akan meneroka bumi perth selama seminggu di sana..
flight malam tu dari LCCT kul 11.50 pm dan arrived di perth airport lebih kurang jam 5.30 am.. kami akan meneroka bumi perth selama seminggu di sana..
Semasa kat sana kami stay kat Mirrabooka.... Nampak tak signboard kat atas tu.. Kami tidoq kat homestay semasa di sana ( rumah orang Malaysia yang dah berhijrah ke Perth ).
Pada aku Perth ni tempat yang sangat tenang... aku suka dgn environment nya... peacefull !!! Kalau la aku diberi peluang untuk bekerja dan tinggal di sana, mesti aku mau punyaaa!!! Kerja kutip buah kat ladang pun tak pa..... hehehehe...
Kat bawah ni ada gambar buah - buahan yang segar dari ladang.. aku pi survey kat mana ladang yang best aku nak kerja nanti.. hahahaha......
Sedap nyer buah anggur ni... tak dak biji tau anggur ni.. petik kat pokok dan terus tauke tu jual kat kitaorang...
| Perth City.. |
| King's Park |
Perth City....
| Padang yang luas tapi pokok jarang - jarang... Cian kat lembu tu.. |
| Kereta tak banyak semasa kami perjalanan nak ke Lancelin.... |
| Subhanallah.. Cantik nyer view kat sini.. |
Caversham Wildlife Park