Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 29 September 2017

CuTi - CuTi New ZeaLanD ~ Day 11

Percutian ke South Island New Zealand ~ Road Trip 2015


Hari ke 11 (20 September 2015)


Christchurch

Aktiviti hari ni setelah check-out hotel hanyalah pusing - pusing bandar Christchurch sambil mencari souvenier sikit lagi.. Sebelum ni kakak banyak beli souvenier di Queenstown, sebab hargnya memang murah di sana.

Sebelum kakak hantar kereta, kami cari tempat makan yang halal dan masjid untuk solat sebelum hantar kereta pada petang nanti..





 Halal food kat Christchurch.. Egyption Kebab menu.. Kedai ni la yang masuk berita aritu tentang kedai nya dirompak, tetapi dia relax jer tak melawan.. 






Setelah abis pusing - pusing bandar Christchurch, kami pon pergi hantar kereta semula kepada Shoestring Car Rental dekat dengan airport dan lepak kat airport sambil menunggu flight seterusnya ke Melbourne.


Rasa macam tak mau balik jer..hehehe.. Tenang dan mendamaikan suasana kat South Island New Zealand ni.. Jika ada rezeki kakak nak datang lagi.. Next visit bole cover North Island plak.. InsyaAllah.. 

CuTi - CuTi NeW ZeALanD ~ Puzzling World & Wanaka

Percutian Ke South Island ~ Road Trip 2015



Puzzling World Wanaka & Lake Wanaka





Puzzling World ni terletak di Wanaka.. So sebelum sampai ke town Wanaka kakak singgah kat sini dulu.. tengok apa yang menarik kat sini.. So layan gambar je lah yerr..



abah minta mak amik gambar..hehehe







abah dengan mak tak nak masuk dalam, so tunggu di luar sementara kami masuk.. sambil menunggu tu, mak dengan abah try buat aktivit puzzle kat situ..




Kusyuk sungguh baca instruction aktiviti menguji minda..hehehe


Illusion rooms



Tetiba cik jan jadi giant..hahaha


dannn tetiba kakak gebus ni jadi tecikkkkk... hahaha... dalam ilusi saja la yerr kakak kelihatan kecik..huhuhu











Apa yang hampa nampak dalam gambaq ni.. 




Toilet Roman Style.. Just for fun yerrr... Jangan pikir yang bukan2 yer.. hehehe





The Great Maze.. 


Boleh sesat tau dalam ni kalau tak pandai cari jalan keluar..







Lepas dah abis aktiviti kat Puzzling World tu, kakak pon menuju ke town Wanaka untuk check-in motel.. Aspiring Motel @ Wanaka.. bersebelahan dengan NW supermarket, so mudah untuk kakak beli barang makanan.


Shop - shop lot di Wanaka town yang berdepan dengan Lake Wanaka.




ada kawasan perumahan / perkampungan di tepi tasik Wanaka ni.. Bandar yang tenang dan sunyi jer kat sini.. 


CuTi - CuTi New ZeaLaNd ~ Day 10

Percutian ke South Island New Zealand ~ Road Trip 2015

Hari ke 10  ( 19  September 2015) 

Road Trip : Franz Josep - HariHari - Hokitika - Arthur's Pass - Christchurch


Pagi - pagi lagi kami dah bersiap untuk balik semula ke Christchurch. Franz Jozef ni sebagai tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke Christchurch. Sebenarnya banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Aktiviti ekstrem pon ada di sini..



View sepanjang jalan melalui Arthur Pass untuk balik semula ke Christchurch. Memang awesome. SubahanaAllah indah sungguh ciptaan mu Ya Allah. 



Perjalanan kami banyak melalui lereng - lereng bukit dan tepi - tepi kaki gunung, so agak jauh juga untuk jumpa tempat berhenti jika ingin ke toilet. So bila terjumpa kawasan untuk berhenti, masing - masing tidak melepaskan peluang..hehehe.. tapi bila keluar saja dari kereta, semua menggigil kesejukan, kami semua berlari - lari untuk masuk semula dalam kereta. Mungkin kawasan perhentian ni di celah - celah gunung, so angin sejuk dari ais/salji di atas gunung tu yang membuat kan bertambah sejuk..




Sempat lagi stop kan kereta di tepi jalan dan amik gambar sebagai kenangan. masing - masing bergambar sakan, sebab sejujurnya kakak rasa kalau diberi peluang dan rezeki untuk repeat New Zealand, kakak tak nak lalu jalan Franz Joseph ni lagi dah.. huhuhu.. jalan nya agak mencabar dan ketaq lutut dibuatnya bila terpaksa melalui kereng bukit yang banyak kawasan tanah runtuh... InsyaAllah akan ikut jalan lain pula selepas ini. Pengalaman bagi kakak..hehehe.. Kalau time winter mesti penuh kawasan ni diliputi salji. Kakak pergi ni time spring, so snow dah makin cair.. 



Finally kakak sampai di Christchurch dengan selamat.. Alhamdulillah.. Kakak check-in dekat hotel ni sebab dekat sikit dengan airport, sebab nanti kakak nak pulang kan kereta pon di area airport juga..


Christchurch city sebelum ni pernah berlaku gegaran gempa bumi, sebab itu banyak kelihatan bangunan yang runtuh dan retak here and there.. Walaupon dah beberapa tahun berlalu, tapi pihak kerajaan NZ tidak membangunkan semula kebanyakkan bangunan yang runtuh, kerana beranggapan mungkin akan berlaku lagi gegaran, so cuma memperbaiki sikit - sikit kawasan yang terlibat..


Time ni early spring so bunga belum banyak lagi.. Pokok - pokok tanpa daun..


Cantik kan taman - taman kat sini.. Damai jer rasa kalau lepak kast sini sambil minum coffee..hehehe


CuTi - CuTi New ZeaLaND ~ Day 9

Percutian ke South Island New Zealand ~ Roadtrip 2015

Hari ke 9 (18 September 2015)


Roadtrip : Wanaka - Haast - Franz Joseph 



Wanaka ke Franz Joseph mengambil masa hampir 4 jam perjalanan..



Kakak overnight kat Aspiring Motel di Wanaka. Motel ni dekat dengan Lake Wanaka dan bersebelahan dengan supermarket.
Kakak cuma tidur 1 malam saja di Wanaka sebelum meneruskan perjalanan ke Franz Joseph.


Sepanjang jalan ke Franz Joseph akan melalui kawasan yang seperti dalam gambar. dan banyak bridge satu lorong sahaja. Kita perlu bertolak ansur dan memberi laluan kepada kenderaan yang sedang melintas.


Sila berhenti dan beri laluan pada kenderaan sebelah sana lalu dahulu.


Laluan air dari kawasan gunung dan bukit. Kakak macam takut sikit semasa melalui kawasan lereng - bukit dan gunung ni.. hehehe


Setelah berjam - jam dalam kereta, akhirnya sampai ke Holiday Park Franz Joseph.


Ada kitchen untuk aktiviti memasak. So dinner malam tu kakak masak nasi dengan ayam masak merah, menggunakan paste daripada Brahim's dan goreng sayur. Alhamdulillah kenyang..



Aktiviti laundry sedang dilakukan.. 



Holiday Park Franz Joseph terletak di kaki gunung. View di depan chalet.



Kawasan sekitar chalet.. Tenang jer rasa.