Percutian ke South Island New Zealand ~ Road Trip 2015
Hari ke - 8 ( 17 September 2015 )
Roadtrip : Queenstown - Cromwell - Wanaka
Masih lagi cerita di Queenstown, tapi hari ni lepas check-out motel nak bergerak ke Wanaka.. Jarak Wanaka dari Queenstown tak de lah jauh sangat, dan tempoh masa perjalanan dalam 1 jam lebih macam tu la.. ada dua jalan untuk ke Wanaka dari Queenstown, iaitu melalui Cardrona atau Cromwell.. untuk jarak yang lebih dekat dan melalui scenic route bole melalui Crown Range Rd dan Cardrona Valley Rd. tapi keadaan jalan di situ agak mencabar, so kakak memilih untuk melalui Cromwell, walaupun jarak nya lebih jauh sedikit sebab kakak nak melalui kawasan ladang buah - buahan..
so kakak tak lah bergerak awal sangat dari Queenstown ni, lagipon hati ni berat jer nak meninggalkan Queenstown..hehehe
kat Queenstown ni ada airport, so kalau tak nak drive atau naik bas, boleh la naik kapal terbang dari Christchurch ke sini..
sebelum nak bergerak ke Wanaka kakak singgah lagi di Queenstown Mall untuk tambah lagi souvenir di DF Souvenier.. lepas tu kakak singgah makan kebab Turkish Kebabs halal di Queenstown Mall..
ais krim ada, kebab ada, burger pon ada
Turkish Kebabs Halal di Queenstown Mall
serious nya muka brother yang jual kebab ni..hehehe
tengah kami sedap dok makan kebab dengan ais krim, tetiba ada orang datang tegur kat abah.. uikkk sapa la yang kenal abah kat New Zealand ni plakkk..hehehe.. rupanya kawan lama abah.. sekarang ni kawan abah ni stay kat KL.. kiranya kawan sekampung ler ni.. dah lama tak jumpa katanya tapi bole lagi cam muka..jejak kasih la plak kat NZ ni..hehehe
jalan-jalan sekitar mall ni sebelum balik..cuci mata jerrr
Chinese Malay Restaurant @ Queenstown
sedap biskut ni.. Cookie Time.. kakak suka!! kalau jumpa jer mesti beli
sebelum bertolak meninggalkan Queenstown kakak naik ke kawasan yang lebih tinggi sikit untuk menikmati keindahan Queenstown dari atas bukit.. ternyata memang awesome sungguh view kat atas ni.. sbb tu kat sini ada Skyline Gondola untuk pelancong menikmati keindahan muka bumi Queenstown ni..
Cromwell ni banyak terdapat ladang buah - buahan.. kalau datang musim panas boleh la petik buah ..
macam - macam jenis apple
Buah kiwi
macam anak patung muka dia kannn..
nak rasa jugak real fruit ice cream walaupun time ni sejuk..hehehe
tadaaaa real fruit ice cream.. yummyyy
lepas dah makan ice cream dan pusing - pusing tengok ladang buah yang belum masak lagi tu, kami pon teruskan perjalanan ke Wanaka.. tapi kakak ikut Cromwell yang agak jauh sikit sebenarnya sebab kami nak lalu kawasan ladang buah.. maybe InsyaAllah ada rezeki lagi nanti ke NZ, bole ikut Cardrona pula .. Aminn..hehehe
Wanaka ni sebuah pekan kecil yang juga terletak di tepi Lake Wanaka yang tidak kurang cantik nya..
Lake Wanaka
picnic di tepi tasik .. sejuk angin petang - petang time ni..
itik - itik ni tunggu nak minta makan.. bila bagi jer potato chip, beriya punya makan..hehehe








