Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 19 November 2016

CuTi - CuTi New ZeaLaND ~ Day 8




Percutian ke South Island New Zealand ~ Road Trip 2015

Hari ke - 8 ( 17 September 2015 )

Roadtrip : Queenstown - Cromwell - Wanaka

Masih lagi cerita di Queenstown, tapi hari ni lepas check-out motel nak bergerak ke Wanaka.. Jarak Wanaka dari Queenstown tak de lah jauh sangat, dan tempoh masa perjalanan dalam 1 jam lebih macam tu la.. ada dua jalan untuk ke Wanaka dari Queenstown, iaitu melalui Cardrona atau Cromwell.. untuk jarak yang lebih dekat dan melalui scenic route bole melalui Crown Range Rd dan Cardrona  Valley Rd. tapi keadaan jalan di situ agak mencabar, so kakak memilih untuk melalui Cromwell, walaupun jarak nya lebih jauh sedikit sebab kakak nak melalui kawasan ladang buah - buahan..

 so kakak tak lah bergerak awal sangat dari Queenstown ni, lagipon hati ni berat jer nak meninggalkan Queenstown..hehehe

kat Queenstown ni ada airport, so kalau tak nak drive atau naik bas, boleh la naik kapal terbang dari Christchurch ke sini..

sebelum nak bergerak ke Wanaka kakak singgah lagi di Queenstown Mall untuk tambah lagi souvenir di DF Souvenier.. lepas tu kakak singgah makan kebab Turkish Kebabs halal di Queenstown Mall..


ais krim ada, kebab ada, burger pon ada


Turkish Kebabs Halal di Queenstown Mall


serious nya muka brother yang jual kebab ni..hehehe



tengah kami sedap dok makan kebab dengan ais krim, tetiba ada orang datang tegur kat abah.. uikkk sapa la yang kenal abah kat New Zealand ni plakkk..hehehe.. rupanya kawan lama abah.. sekarang ni kawan abah ni stay kat KL.. kiranya kawan sekampung ler ni.. dah lama tak jumpa katanya tapi bole lagi cam muka..jejak kasih la plak kat NZ ni..hehehe




jalan-jalan sekitar mall ni sebelum balik..cuci mata jerrr


Chinese Malay Restaurant @ Queenstown






sedap biskut ni.. Cookie Time.. kakak suka!! kalau jumpa jer mesti beli



sebelum bertolak meninggalkan Queenstown kakak naik ke kawasan yang lebih tinggi sikit untuk menikmati keindahan Queenstown dari atas bukit.. ternyata memang awesome sungguh view kat atas ni.. sbb tu kat sini ada Skyline Gondola untuk pelancong menikmati keindahan muka bumi Queenstown ni..  




selepas dah puas pusing - pusing Queenstown kakak pon bertolak ke Wanaka melalui Cromwell..



Cromwell ni banyak terdapat ladang buah - buahan.. kalau datang musim panas boleh la petik buah ..


macam - macam jenis apple


Buah kiwi


macam anak patung muka dia kannn..

nak rasa jugak real fruit ice cream walaupun time ni sejuk..hehehe





tadaaaa real fruit ice cream.. yummyyy

lepas dah makan ice cream dan pusing - pusing tengok ladang buah yang belum masak lagi tu, kami pon teruskan perjalanan ke Wanaka.. tapi kakak ikut Cromwell yang agak jauh sikit sebenarnya sebab kami nak lalu kawasan ladang buah.. maybe InsyaAllah ada rezeki lagi nanti ke NZ, bole ikut Cardrona pula .. Aminn..hehehe

Wanaka ni sebuah pekan kecil yang juga terletak di tepi Lake Wanaka yang tidak kurang cantik nya.. 


Lake Wanaka


picnic di tepi tasik .. sejuk angin petang - petang  time ni..


itik - itik ni tunggu nak minta makan.. bila bagi jer potato chip, beriya punya makan..hehehe


Monday, 7 November 2016

Cuti - Cuti New Zealand ~ Day 7 Queenstown

Percutian ke South Island New Zealand ~ Road Trip 2015

Hari Ke - 7 ( 16 September 2015 )

Okay kakak sambung cerita lagi, yang ni untuk hari ke tujuh , time tu 16 September 2015 (public holiday) adalah hari Malaysia.. Save cuti kakak satu hari.. Kakak memang berjimat bab-bab cuti ni... Kena la simpan cuti, mana lah tau satgi nak pi jalan mana plak, dah tak dak cuti.... Hehehehe...Cukup - cukup dah melalut tu.. Jom sambung balik cerita perjalanan hari ke tujuh ni.. 

Pagi tu macam biasa kakak prepare breakfast, tapi kakak tak prepare lunch box sebab kakak cuma jalan - jalan area berdekatan Queenstown saja.. So nanti kalau dah rasa nak makan, balik je lah motel dan masak... Kakak masih di Queenstown untuk 1 malam lagi..

Queenstown memang super awesome!!! Kakak dah jatuh cinta dengan tempat ni... Rasa macam tak mau balik jerr.. Nak stay sini..hehehe.. Dalam banyak2 tempat yang kakak pi di New Zealand ni Queenstown lah yang paling cantik... Actually tak puas jer rasa 2 malam di Queenstown, sebab banyak aktiviti yang bole dibuat dan bole pergi bila stay kat Queenstown ni.. Banyak tempat yg kakak tak sempat pergi kat area Queenstown ni.. Ni macam petanda nak kena repeat jerrrrrr...hahaha..

Post kali ni banyak gambar sikit yer sebab hari ni banyak tempat yang kakak pegi.. Mula - mula pergi ke Hacket Bungy Kawarau Suspension Bridge dulu, pastu singgah Arrowtown dan patah balik semula ke Queenstown..




Queenstown Mall




view dari motel yang kakak stay


naik ferry ni pusing - pusing tasik sambil menikmati permandangan yang cantik




Hacket Bungy Kawarau Suspension Bridge





kalau korang berani dan kental bole la try bungy jumping ni..hehehe




1..2..3 jump..


kakak ni suka imagine yang bukan-bukan.. kakak terfikir kalau laa tali tu terputuss haa macam manaa!!


kakak ni gayat orang nya..hehehe..sebab tu bila amik gambar kat tepi tu kakak kedepan sikit.. sebab takut nak pandang bawah tuu..hihihi


Arrowtown


Arrowtown ni sebuah pekan yang very classic.. cantik senibina bangunan nya dan memang cantik kawasan nya..






Pure Arrowtown Drinking Water.. 

New Zealand ni sumber air nya memang bersih untuk diminum.. 









family wefie kat Arrowtown




lepas dah puas pusing - pusing Arrowtown ni, kakak pon balik ke Queenstown semula..

Queenstown ni pekan nya cantik kerana dikelilingi gunung bersalji dan di tepi tasik yang indah.. lepas balik dari Arrowtown tu, kami berjalan kaki sekitar pekan Queenstown jer dan pegi kedai souvenier.. DF Souvenier di Queenstown Mall memang murah dan berbaloi untuk shopping, better shopping kat sini daripada tempat lain sebab kakak dapati kat sini memang murah daripada tempat-tempat lain.. So kakak suggest bila dah sampai Queenstown, shopping siap-siap kat sini.. Memang tak menyesal..




Shopping Souvenir di DF Souvenir Shop @ Queenstown





view dari kawasan perumahan atas bukit di Queenstown.. 

best nya penduduk kat sini kan, bila bangun jer pagi dapat tengok view yang indah macam ni..

actually banyak aktiviti yang boleh dibuat di Queenstown ni.. bole naik gondola / cable car di Skyline Gondola Queenstown.. boleh meikmati keindahan Queenstown daripada atas..memang superb view nya nanti.. tapi kakak ni kan gayat, so kakak tak pi la naik gondola tu..hehehe

pastu kakak ada plan nak pi kat tempat main ski nama nya Coronet Peak, tapi mak  takut nak naik ke Coronet Peak tu bila kakak bagitau kat dia yang jalan nak naik ke Coronet Peak tu jalan nya macam ular kena palu, memang berliku habis dan tak dak tebing.. perlu berhati-hati untuk naik ke atas sebab time tu pulak hujan, so takut jalan licin.. terus dia tak bagi kami naik.. huwaa.. kakak teringin nak naik kat atas tu.. tak pe lah, saya yang menurut perintah.. InsyaAllah ada rezeki lain nanti merasa nak main snow kat tempat lain..hehehe

Sekarang kan Air Asia dah ada route pi Auckland NZ, bole la start planning.. Time kakak pi ni Mr. Tony tak buka lagi route ke NZ, sebab tu kakak amik MAS pi Melbourne pastu naik Jetstar pi Christchurch sebab nak jimat duit tiket..hehehe

 Elok jer kakak balik seminggu daripada NZ time ni Air Asia pon lancar kan route ke NZ...  Huhhh macam nak suruh repeat jerrrrr.... Nak kena start menabung balik ni..hihihi