Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 29 September 2017

CuTi - CuTi New ZeaLaND ~ Day 9

Percutian ke South Island New Zealand ~ Roadtrip 2015

Hari ke 9 (18 September 2015)


Roadtrip : Wanaka - Haast - Franz Joseph 



Wanaka ke Franz Joseph mengambil masa hampir 4 jam perjalanan..



Kakak overnight kat Aspiring Motel di Wanaka. Motel ni dekat dengan Lake Wanaka dan bersebelahan dengan supermarket.
Kakak cuma tidur 1 malam saja di Wanaka sebelum meneruskan perjalanan ke Franz Joseph.


Sepanjang jalan ke Franz Joseph akan melalui kawasan yang seperti dalam gambar. dan banyak bridge satu lorong sahaja. Kita perlu bertolak ansur dan memberi laluan kepada kenderaan yang sedang melintas.


Sila berhenti dan beri laluan pada kenderaan sebelah sana lalu dahulu.


Laluan air dari kawasan gunung dan bukit. Kakak macam takut sikit semasa melalui kawasan lereng - bukit dan gunung ni.. hehehe


Setelah berjam - jam dalam kereta, akhirnya sampai ke Holiday Park Franz Joseph.


Ada kitchen untuk aktiviti memasak. So dinner malam tu kakak masak nasi dengan ayam masak merah, menggunakan paste daripada Brahim's dan goreng sayur. Alhamdulillah kenyang..



Aktiviti laundry sedang dilakukan.. 



Holiday Park Franz Joseph terletak di kaki gunung. View di depan chalet.



Kawasan sekitar chalet.. Tenang jer rasa. 

No comments: