Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 28 October 2016

CuTi - CuTi NeW zEaLanD ~ Day 4

Percutian ke South Island New Zealand ~ Road Trip 2015


HaRi  Ke-EmPaT - 13 SEPTEMBER 2015

Route : Lake Tekapo - Lake Pukaki - Twizel - Omarama - Kurow - Duntroon Elephant Rocks - Oamaru - Dunedin


Awal pagi kami semua dah bersiap untuk memulakan perjalanan ke Dunedin.. kakak prepare breakfast and lunch sekali.. bawa bekal siap-siap, nanti jumpa tempat yang sesuai untuk makan, kakak stop la picnic.. untuk breakfast kakak buat scramble egg dengan roti bakar dan cucur bawang.. pastu untuk lunch kakak masak nasi lemak dengan sambal sardin dan telur dadar.. makan simple - simple ajerrrr... 

kul 7.30 pagi kakak dah check-out dari motel.. perjalanan hari ni jarak nya lebih kurang 320km dan jangkaan masa dalam 4 - 5 jam perjalanan. itu pon kalau tak stop sangat.. masalah nya kakak ni pantang nampak tempat yang cantik mesti nak stop amik gambar..hehehe.. so total masa perjalanan hari tu lebih kurang 7 jam tauuu... haaa amekkkk kauuu.. asyik stop punya pasal.. bukan stop amik gambar dan makan jer, tapi asyik stop pi toilet jugaa..hahaha.. cuaca sejukkk, harus laaa ke toilet..  


Lake Pukaki... kakak amik guna phone jer pic ni. superbb awesome!! kakak buat wall paper pc kat opis... terpaku kejap.. indahnya ciptaan Allah




 keta pon tak banyak yang lalu.. bole baring atas jalan tau.. Lake Tekapo ke Lake Pukaki via State Hiway No. 8 (Tekapo-Twizel Road) ni mengambil masa dalam 30 minit perjalanan dan lebih kurang 40km jaraknya..


kat tepi tasik ni ada kawasan boleh stop untuk rehat sekejap..



indahnya permandangan di sini.. tenang rasa hati jika hari-hari bangun pagi dapat tengok view macam ni..



picnic time!!! buka bekal nak breakfast time ni..



pic Lake Pukaki menggunakan camera phone.. 


Lepas dah selesai breakfast, kakak meneruskan perjalanan dalam 13km dari Lake Pukaki melalui Twizel dan singgah sebentar di High Country Salmon.. Free Feed The Salmon


High Country Salmon. State Highway No.8



salmon ada jual di sini.. kakak pon beli jugak untuk dinner malam nanti..


Salmon tu yang kakak beli untuk bakar dengan black pepper.. sedap nya nyummm nyummm...



best itik - itik tu berenang dalam air tasik yang bersih



Lepas dah bagi makan salmon dan beli salmon, kakak pon teruskan perjalanan melalui Omarama (State Hiway No.8) dan menghala ke Otematata (mengikut jalan no.83) untuk ke Dunedin.. Jauh lagi perlanan kami ni, sebelum sampai ke Dunedin, kakak nak singgah tengok Elephant Rock.. 



 Omarama - Kurow - Duntroon - Dunedin



signboard di pekan Omarama untuk belok ke kiri menghala ke Otematata- Kurow.. kalau ikut signboard tu  straight bole pergi ke Queenstown melalui laluan Lindiss Pass.. Kakak pergi ke Dunedin dulu, overnight 2 malam di sana, selepas tu baru bergerak ke Queenstown... Bole jer kalau nak ke Queenstown dulu dari Lake Tekapo, ikut pilihan hati nak buat route macam mana yerr..




comel jerr Police Station Omarama



public toilet kat sini sentiasa bersih.. jangan risau public toilet mudah dijumpai sepanjang perjalanan.. bila cuaca sejuk maka kerap lah ke toilet..hehehe



harga petrol memang tak sama di setiap tempat.. kalau di Christchurch atau bandar besar, harga nya lebih murah dari kawasan luar bandar.. kami sentiasa pastikan minyak sentiasa penuh, sebab takut sampai kawasan yang tiada stesen minyak.. so, bila separuh tank jer, terus penuhkan balik...





Elephant Rocks



take picture dari dalam keta jerr


Elephant Rocks ~ Duntroon (Island Cliff)

kakak cuma lalu dan tengok dari dalam kereta jer batu-batu ni.. nak turun bergambar, masa dah tak mengizinkan sebab kami kejar masa nak ke Dunedin sebelum gelap.. sebolenya kami tak nak memandu di waktu malam..





sepanjang jalan nak ke sini banyak jumpa kilang-kilang memproses susu lembu.. patut la setiap kali check in motel/apartment mesti dapat susu free.. dalam gambar ni bangunan yang kat belakang tu salah satu kilang proses susu segar.. Dairy Farm




Oamaru ~ Victorian Town

Oamaru adalah town terakhir yang kakak singgah sebelum sampai ke Dunedin.. cantik dan menarik bangunan-bangunan kat sini.. Oamaru juga dikenali  sebagai Victorian Town..



Oamaru Town


comel kan basikal tuu.. kalau ada masa yang panjang bole naik basikal ni pusing-pusing town Oamaru ni



lawa dan antik keta yang orang NZ ni naik 

Oamaru adalah town terakhir yang kakak singgah sebelum sampai ke Dunedin.. cantik dan menarik bangunan-bangunan kat sini.. Oamaru juga dikenali  sebagai Victorian Town..



kami sampai dan check-in di Dunedin Holiday Park lebih kurang pukul 5.00 petang masa tu..






Chalet / motel yang selesa.. mudah untuk angkat barang sebab kereta bole parking kat sebelah pintu jerrr


muka happy ni bila sampai motel, setelah berjam - jam dalam kereta..hehehe



view dalam motel

kami check-in untuk 2 malam di sini... prepare dinner malam tu nasi putih, ayam goreng, cili kicap, telur dadar, sayur campur dan sambal sardin... bertambah-tambah makan nasi dengan cuaca sejuk malam tu... aktiviti malam tu tak ada apa nak dibuat, cuma kakak keluar pergi Pak 'N Save supermarket untuk top-up sikit barang makanan..



to be continue.... jalan - jalan Dunedin City

No comments: