Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 18 October 2016

New Zealand ~ Preparation 2

Percutian Road Trip ke South Island New Zealand ~ 2015 (part 2)


Tiket flight dah settle. Total untuk tiket flight ke Australia & New Zealand adalah lebih kurang RM2300.. Kiranya kali ni punya trip adalah sambil menyelam minum air sebab dapat pi dua negara sekali. Actually tarikh asal tiket untuk pulang ke KL adalah pada 28 september 2015, bukannya 24 September 2015. Plan asalnya nak meneroka bumi Melbourne selama seminggu lagi selepas balik dari NZ pada 20 September 2015 tu, tapi apakan daya kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan.. Sebab tu kami balik pada pagi raya haji @ 24 september 2015.. Baru ingat nak raya kat Melbourne..hehehe


Okay mai kita sambung balik preparation nak ke New Zealand ni.. Bila dah settle tiket, kakak mula survey accommodation @ tempat nak tidoq la plak. Kakak selalu tengok kat booking.com. sometimes tu tengok jugak kat agoda.com atau hotels.com, tapi kakak selalu guna booking.com. Mostly terms and condition kat booking.com memenuhi kemahuan kakak.. Sebab semua nya yang kakak booked adalah free cancellation and  pay later @  booking.com . Ada jugak yang kakak email siap2 kat properties tu inform yang kakak nak pay by cash, so credit cards tu untuk hold booking jerr..  Bayaran semua nya kakak buat kat sana by cash @ pay direct at properties.. ( normally guaranteed by credit card) tapi ada jugak yang tak perlu guaranteed by credit cards. For me mudah sungguh buat tempahan penginapan di New Zealand ni..


Accommodation yang menjadi pilihan adalah semuanya yang full kitchenette.. supaya memudahkan untuk kakak nak masak. memandangkan kami empat orang, so mostly motel / apartment 2-bedroom yang menjadi pilihan. kat sana banyak holiday parks yang best2..





ini antara kitchen motel/apartment yang kami stay masa kat sana.. complete / full kitchenette untuk masak..
sila bawa sabun Taharah untuk samak perkakasan dapur.. macam kakak haritu bawa sendiri picnic set yang lengkap dengan pinggan/cawan/ sudu + garpu dan bekas makanan untuk buat bekalan dalam perjalanan yang bole dipanaskan dalam microwave.. lepas tu untuk memasak pula kakak beli frying pan yang bole digunakan untuk menggoreng dan masak makanan berkuah serta sudip kat supermarket kat sana.. kakak jugak bawa rice cooker comel yang cukup untuk 4 orang makan..




ruang tamu untuk bersantai selepas kekenyangan makan.. hehehe
ini motel 2-bedroom @ Lake Tekapo




ni gambar luar motel @ Lake Tekapo

nanti akan go through lagi detail tentang accommodation yang kakak booked kat sana dalam entry akan datang yer.. ni sebahagian gambaran hotel/motel/apartment yang kakak tidoq..

to be continue...

No comments: