Percutian Road Trip ke South Island New Zealand ~ 2015 (part 1)
Negara yang paling kakak teringin nak pi ialah New zealand.. dapat pi sekali pon jadi lah.. so kakak selalu survey flight ticket ke new zealand, tapi semuanya mahal.. masa kakak pi new zealand ni bulan September 2015 dan Air Asia belum lagi buka route ke Auckland. selepas kakak balik baru Air Asia launch route ke Auckland..
Lastly kakak terfikir untuk pi jugak ke New Zealand dengan cara yang lebih murah sikit, on that time tiket MAS Kuala Lumpur to Auckland lebih kurang RM4K.. Memang kakak tak beli la kalau mahai macam tuuu.. So kakak plan route KL - MELBOURNE - CHRISTCHURCH..
New Zealand ni ada dua bahagian, iaitu North Island (Auckland) dan South Island (Christchurch). Ke dua - dua bahagian tu ada daya tarikan dan view yang tersendiri. Tapi pada pendapat kakak South Island lagi cantik dari North Island. Sebab tu trip kali ni kakak fokus kepada South Island dulu..
Kebetulan pada bulan Mei 2015 Malaysia Airlines buat promosi tiket murah, so kakak pon survey2 la harga tiket.. tapi tiket ke NZ tetap mahalll.. pastu kakak pon try tengok tiket KL - MEL, dan mata kakak macam terpaku bila tegok harga tiket MAS KL to MELBOURNE RM 1200 only!!! Bila kakak tengok tiket Air Asia pon lebih kurang harga tu dan belum termasuk beg lagi.. Kalau MAS dah termasuk bag 30kg!! Apa tunggu lagi, kakak pon hallo la ahli rombongan kakak, setuju tak kalau nak grab tiket promosi ni.. bila dah dapat green light, kakak pon beli la tiket tu pada 20 May 2015. Date of jouney pada 10 Sept to 24 September 2015.. Selama 4 months jugak la kakak buat preparation untuk road trip ni.
Selesai dah satu perkara. Kakak kena survey plak tiket MELBOURNE ke CHRISTCHURCH.. Tapi kakak tak beli terus tiket MEL - CHC tu, kakak beli pada bulan Julai 2015. Selepas 2 bulan beli tiket KL - MEL via MAS. Kakak beli tiket flight JETSTAR untuk ke Christchurch from Melbourne. Rate JETSTAR from MEL to CHC = 180 AUD/pax dan JETSTAR CHC to MEL = 170 NZD/pax. Tapi kakak agak kecewa sikit dengan servis JETSTAR ni..Tiket nya memang murah dari Air New zealand, tapi cara staff mereka handle problem yang buat kakak frust sikit.. nanti kakak bagitau dalam part 2 sebab apa tak berapa puas hati dengan layanan daripada mereka.
So total tiket flight JETSTAR MEL - CHC - MEL dalam currency RM = RM 1034. Pada masa tu rate currency AUD 1= RM3.10 dan NZD 1 = RM2.80
Harga tiket untuk trip ni KL - MEL - CHC adalah lebih kurang RM 2234. Murah la jugak daripada tiket MAS ke Auckland yang RM4K lebih tuu.. Actually bole dapat lagi murah tiket yang JETSTAR tu tapi kakak terlewat beli.
Kesimpulannya ~
KUL - MEL 10 SEP 2015 11.50pm / 11 SEP 2015 9.45am Tullamarine Airport
MEL - CHC 11 SEP 2015 @ 11.15pm / 12 SEP 4.35am Christchurch Airport
CHC - MEL 20 SEP 2015 @ 8.30PM / 20 SEP 10.15pm Tullamarine Airport
MEL - KL 24 SEP 2015 @ 12.05am / 24 SEP 6.40am
CHC - MEL 20 SEP 2015 @ 8.30PM / 20 SEP 10.15pm Tullamarine Airport
MEL - KL 24 SEP 2015 @ 12.05am / 24 SEP 6.40am
* Bulan September ni adalah Spring time @ musim bunga..
Info musim NZ #
December - February ~ Summer @ musim panas ( fruit picking time ni, best!!)
March - May ~ Autumn @ musim luruh ( cantik gak view time ni)
Jun - August ~ Winter @ musim sejuk (south island ada snow)
September - November ~ Spring @ musim bunga ( bunga lupin cantik!!)
Okay nanti kakak sambung lagi dalam part 2 yerr..
To be continue...
No comments:
Post a Comment